Thursday, December 12, 2013

AIR..OH..AIR..



Umum mengetahui kepentingan air bersih dalam kehidupan seharian kita semua. Ia adalah salah satu perkara terpenting bagi manusia untuk membersihkan diri, beribadat, mencuci pakaian, rumah, pinggan mangkuk, memasak dan sebagainya. Peri pentingnya air bersih ini ibarat sekiranya sehari tidak dapat makan, maka kebuluran la jawabnya..



Mengambil kepentingan fakta yang tersebut, pihak kami telah menyediakan satu kelebihan yang jarang-jarang pemilik homestay dapat tawarkan kepada pengunjungnya…iaitu..PAM AIR..


Pihak kami juga sering bercuti ke luar dan kadang-kadang, masalah aliran air bersih sangat-sangat mengganggu kelancaran percutian kami. Sebagai contoh, waktu untuk mandi bagi setiap dewasa boleh dianggarkan kira-kira 15 minit, namun sekiranya masalah aliran air terjadi, maka ia akan berlarutan hingga 30 minit dan lebih.. Maka pastinya ia akan mengakibatkan tertangguhnya waktu perjalanan cuti anda..

Pihak kami amat berharap agar dengan kelebihan menyediakan pam air di homestay kami, akan memberikan kelebihan dan keutamaan kepada semua untuk memilih menginap di sini.. Kepuasan anda, kepuasan kami jua..

Terma dan syarat
( check-in 2.00 ptg, check-out 12.00 tgahari)

Kadar sewaan:

1) RM200/sehari (kadar rata sepanjang minggu dan tahun)
2) RM1000/seminggu (boleh runding)
3) RM3000/sebulan (boleh runding)

Sekiranya berminat, anda boleh hubungi kami di talian
019-7198332 (nurul) atau 019-7188332 (suhaimi)

No comments:

Post a Comment